8 Tips Bersara Dengan Kewangan yang Stabil

Tips ini dikongsikan di laman web Azizan Osman berikutan isu kebimbangan masyarakat yang akan bersara dengan kewangan yang tidak mencukupi. Perkara ini berlaku kerana kos sara hidup yang makin meningkat saban tahun. Tidak kira lagi hutang yang bertimbun dan kadar faedah yang semakin meningkat. Perkongsian ini bermanfaat bagi mereka yang makan gaji untuk selesa di waktu bersara kelak.



Antara perkara yang perlu difikirkan adalah seperti berikut:
• Kos sara hidup meningkat.
• Kos membesarkan anak-anak meningkat.
• Harga hartanah / rumah yang meningkat walaupun rumah kos rendah.
• Kos bahan binaan juga semakin meningkat.
• Kos pendidikan semakin mahal sedangkan tahap gaji kelayakan yang tinggi pun semakin rendah.
• Kos perubatan meningkat.

Bagi mengatasi masalah ini, 8 Tips Bersara Dengan Kewangan yang Stabil ini sangat bermanfaat untuk diambil tindakan.
1.  Naik Taraf Diri
Jika anda bekerja, upgrade diri supaya dinaikkan gaji. Samada sambung belajar secara part-time sambil bekerja. Faktor kelulusan banyak mempengaruhi gaji seseorang di banyak syarikat atau sektor kerajaan.

2. Tukar Kerja
Tukar kerja yang lebih tinggi gajinya, cuma masalah ini hanya berbentuk strategi jangka pendek atau upgrade ilmu atau kemahiran diri untuk melayakkan diri mendapatkan gaji yang lebih tinggi.

3. Berniaga / Pelaburan
Berniaga atau membuat Pelaburan samada secara sepenuh masa atau sampingan. Cuma jangan mula dengan modal yang besar serta mestilah sedia untuk belajar ilmu berniaga dan melabur samada melalui membaca buku yang bagus atau hadir seminar yang terbukti melahirkan ramai yang berjaya.

4. Urus Duit
Yang paling penting adalah belajar uruskan duit kerana duit sikit boleh jadi banyak jika diurus dengan baik. Begitu juga sebaliknya, banyak boleh jadi sedikit atau habis jika tidak pandai uruskan.

5. Berhenti Makan di Luar
Tahan nafsu. Stop belanja makan di luar. Kurangkan window shopping. Kurangkan ke tempat yang mampu “menggalakkan” kita berbelanja mengikut “nafsu”. Kurangkan kos, kurangkan kos dan kurangkan kos.

6. Simpan Duit
Simpan duit, simpan duit dan simpan duit.  Ini nasihat yang paling asas sebelum anda ada ilmu “memberanakkan” duit. Walaupun belum tahu berniaga atau melabur, anda mesti simpan sedikit duit secara berdisiplin. Set sasaran atau target berapa anda mesti simpan setiap bulan dan duit itu TIDAK BOLEH digunakan langsung melainkan bila ada ilmu pelaburan.

7. Elakkan Skim Cepat Kaya(p)
Jangan sertai skim cepat kaya atau meminjam untuk masuk skim cepat kaya. Berhati-hati dengan pelbagai skim yang boleh “menghilangkan” duit anda apatah lagi jika ianya di senarai hitam oleh Bank Negara Malaysia

8. Sedekah
Sedekah sedikit. Sebab sedekah telah terbukti memberikan keberkatan kepada rezeki kita. Cuba mulakan dengan jumlah yang paling kecil yang kita mampu. Dan lakukan secara konsisten. Anda akan merasai keberkatannya nanti.

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda dan dapatlah kiranya dikongsikan pada rakan-rakan yang lain supaya berkah.

0 Komen untuk "8 Tips Bersara Dengan Kewangan yang Stabil"

 
Copyright © 2014 Viral Rival - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info