Aweera Lebih Tontonan Berbanding Caliph?

Isu ini agak hangat untuk diperkatakan, namun kami di Magicalips akan mengambil dari sudut yang positif. Jika dilihat dari jumlah tontonan video di Youtube untuk lagu "Romancinta" oleh Aweera (Separuh Akhir Juara Lagu 29) dan Caliph Buskers (Akhir Juara Lagu 29), Aweera mendahului Caliph Buskers jika dikira dengan nombor tontonan.

Aweera menyanyikan lagu Romancinta di Separuh Akhir Juara Lagu ke 29


Namun jika dari sokongan, boleh dikatakan seimbang bagi kedua-dua Aweera dan Caliph Buskers ini. Bermulanya fenomena Caliph Buskers di Pentas Akhir Juara Lagu 29, peminat muzik tanahair sudah mula menumpukan perhatian kepada MOJO. Nama MOJO sendiri melonjak naik selepas desas desus tentang penarikan diri Aweera dari MOJO diikuti dengan persembahan Caliph Buskersmenggantikan bekas penyanyi asal MOJO itu.

 




Rasanya ramai yang mula membandingkan kualiti suara kedua-dua penyanyi ini, sebab itulah agaknya view di satu-satunya Video Aweera yang menyanyikan lagu Romancinta melonjak naik berbanding Caliph Buskers. Antara sebab lain adalah kerana terlalu banyak video Caliph Buskers dimuat naik sementelah populariti yang diterima selepas AJL29.

Apapun jom lah layan lagu Romancinta Nyanyian Aweera di Separuh Akhir AJL 29.


0 Komen untuk "Aweera Lebih Tontonan Berbanding Caliph?"

 
Copyright © 2014 Viral Rival - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info