#APABILA menyentuh isu
etika dan tatasusila hidup bermasyarakat, barangkali tidak adil layanan
yang diberikan kepada si pesalah yang sebelah tangannya bergari diminta
menyanyi walaupun bukan dengan cara paksaan.
#Namun, jika diteliti kembali niat asalnya, mungkin benar jika
tindakan itu dikatakan berlaku secara spontan apabila penyanyi yang
selama ini dipuja dan dikagumi tiba-tiba tercongok di depan mata.
Mahu dipeluk, keterlaluan dan keadaan pula tidak mengizinkan. Maka
sepotong rakaman video mendendangkan melodi berhantu milik penyanyi itu
sahajalah menjadi kebanggaan.
#Yang salahnya, keghairahan untuk berkongsi dengan teman-teman,
keluarga dan paling jauh pun pelayar laman sosial peribadi yang turut
meminati artis yang sama itu ditafsirkan menjadi sesuatu yang
mengaibkan. Terbuktilah sekarang, betapa teknologi canggih boleh
menjerat diri si pelaku yang tidak berfikir panjang sebelum memuat naik
sesuatu video atau gambar.
#Hal itulah yang berlaku kepada vokalis terkemuka, Zamani Slam ketika
ditangkap pihak polis untuk membantu siasatan penyalahgunaan dadah
baru-baru ini. Lebih parah kepada bahana dadah yang dikaitkan dengannya,
sepotong video menunjukkan Zamani yang diminta menyanyikan lagu Gerimis
Mengundang pula tersebar. Dipercayai, rakaman itu dilakukan oleh salah
seorang anggota polis yang terlibat dengan operasi penangkapan Zamani.
#Zamani atau nama sebenarnya, Zamani Ibrahim tidak pernah menyimpan
dendam atau niat untuk memporak-perandakan periuk nasi orang lain. Dia
sudah cukup matang dan sekiranya Zamani mahu memanjangkan isu tersebut,
kesannya akan mendalam, malah parut kebencian terhadapnya akan bertambah
parah.
#Setelah empat hari direman di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang
Jaya, Sabtu lalu, Zamani dibebaskan dengan jaminan polis tepat pukul
9.45 pagi. Zamani yang ditemani abang kandungnya, Zulfazil Ibrahim
kemudian menuju ke kediaman peguamnya, Ahmad Zaharil Muhaiyar yang di
terletak di Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor.
#Meminjam semangat mentari pagi yang membahagikan sinarnya, Zamani
kelihatan bersedia menyambut kehadiran beberapa wakil media termasuk
Kosmo! tanpa curiga. Tubuh cengkung terlihat tenang, bersila di satu
sudut kamar di kediaman tiga tingkat itu.
Artikel Penuh: http://kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0126&pub=Kosmo&sec=Hiburan&pg=hi_01.htm#ixzz3PwyQATjf
Hakcipta terpelihara
Related Post
Umat Islam Diseru Adakan Tahlil Untuk Penumpang dan Anak Kapal MH370 Umat Islam di seluruh negara diseru supaya mengadakan majlis tahlil khusus untuk semua penumpang dan anak kapal pesawa…
Rumah Ini Kelihatan Kecil, Tapi Tunggu Sampai Anda Tengok 11 Gambar Ruang Dalamnya Ramai pemilik rumah hari ini masih berfikir yang lebih besar dan lebih luas adalah lebih baik, tetapi ada satu trend y…
Wanita Kahwini Diri Sendiri dan Akan Berbulan Madu di Dubai Seorang wanita dari HOUSTON, Amerika Syarikat yang gagal menemui pasangan hidup untuk dijadikan suami telah mengambi…
8 Tips Bersara Dengan Kewangan yang StabilTips ini dikongsikan di laman web Azizan Osman berikutan isu kebimbangan masyarakat yang akan bersara dengan kewangan ya…
Anis Al Idrus Putus Cinta Dengan Sharnaaz Ahmad? Owh no, Kami Harap Ianya Salah Tetapi.. Kecoh di media sosial dan di kalangan peminat berita tentang sharnaaz dan anis kini sudah putus. Sebelum ni Sharnaaz ke…
Trending di Internet
-
Wajah persis artis terkenal, Nora Danish, gadis manis ini kelihatan berseri-seri dan cantik sekali. Siapa sangka beliau rupa-rupanya meru...
-
Ramai pemilik rumah hari ini masih berfikir yang lebih besar dan lebih luas adalah lebih baik, tetapi ada satu trend yang semakin meningka...
-
Tahniah untuk Lisa dan Yusri atas berita kehamilan. Dan Fazura turut mengesahkan berita tersebut melalui instagram beliau sendiri. ...
-
Kalau sebelum ni, artikel dari Magicalips menampilkan 10 gambar Nysa, anak gadis kepada Saida Tarudin yang persis Nora Danish. Kalini kami...
-
Kecoh di media sosial dan di kalangan peminat berita tentang sharnaaz dan anis kini sudah putus. Sebelum ni Sharnaaz kelihatan membuat stat...
-
Lara Alana, alahai makin lama si cilik Lara Alana makin digilai peminat kerana kecomelan melampau. Peminat Baby Rara mengatasi baby yang la...
-
#APABILA menyentuh isu etika dan tatasusila hidup bermasyarakat, barangkali tidak adil layanan yang diberikan kepada si pesalah yang sebel...
-
Rasanya masih belum terlambat lagi untuk ucapan tahniah kepada pasangan pengantin baru Yana Samsudin dan pasangan, Fadzil Zahari (adik kepa...
-
Minggu separuh akhir program sensasi Maharaja Lawak Mega 2014 (MLM 2014) yang berlangsung di Royal Theatre, Shah Alam, Selangor baru-ba...
-
Datin Paduka Umie Aida memang tidak asing lagi dikalangan rakyat Malaysia. Sejak tampil berhijab, beliau kelihatan semakin anggun dan berse...
Copyright © 2014 Viral Rival - All Rights Reserved
Template By Catatan Info
0 Komen untuk "Peminat Masih Sayang - Zamani"