Hanez Suraya Percepat Tarikh Nikah Mac Ini. Amboi, Cincin Tunang Besaq Cantik Baq Hang

Baru saja 3 Januari lepas bertunang, dan kini Hanez Suraya percepat tarikh nikah Mac ini. Alhamdulillah niat percepat tarikh nikah amat digalakkan.

sumber gambar instagram hanez

Sumber Berita harian :

Hanez Suraya mengesahkan akan bernikah 14 Mac ini di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya. Akad nikah Hanez atau nama sebenarnya Hanez Suraya Abdul Aziz dengan pasangannya, Romie Razin Adilha dilangsungkan pada sebelah pagi, manakala pada sebelah malamnya diadakan majlis berinai di kediaman keluarga beliau di Seremban. 

Majlis menyambut menantu pula akan dilangsungkan pada 21 Mac di kediaman keluarga Romie di Andalas, Klang. Seterusnya pasangan ini akan diraikan dalam satu majlis resepsi di Sime Darby Convention Centre pada 22 Mac.

"Asalnya memang keluarga masing-masing memberikan tempoh enam bulan selepas bertunang untuk ke fasa perkahwinan. Tapi tempoh itu umpama syarat ketika rundingan keluarga diadakan, hakikatnya keluarga mahu kami mempercepatkan ia ke bulan Mac"
"Cuma ketika itu masih belum ada tarikh tetap. Konsep majlis kahwin saya nanti serba sederhana dan paling penting jemputan yang datang pulang dengan gembira selain menjamu selera dengan makanan sedap,"
 



Tahniah diucapkan kepada Hanez dan pasangan. Mendirikan masjid memang perlu dipercepatkan untuk elak fitnah masyarakat yang kian berleluasa.Menurut Hanez lagi, tiada tajaan besar-besaran untuk majlis hari bahagianya nanti. (sumber berita harian)

"Yang ada tajaan pun hanya tajaan kecil seperti bahagian inai. Kami juga menggunakan khidmat perancang perkahwinan sendiri untuk setiap majlis yang akan berlangsung. Saya juga akan memakai baju kahwin rekaan antaranya seperti Wanpa dan KuntumbyNajeeb."
"Saat ini memang saya sibuk membuat persiapan kahwin. Boleh kata sudah hampir 80 peratus sudah boleh lepas tangan kepada perancang perkahwinan. Saya juga akan edarkan kad kahwin tak lama lagi sejurus siap urusan cetakan kad itu,"
0 Komen untuk "Hanez Suraya Percepat Tarikh Nikah Mac Ini. Amboi, Cincin Tunang Besaq Cantik Baq Hang"

 
Copyright © 2014 Viral Rival - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info