Datuk Jalaluddin Hassan Nafi Maharaja Lawak Mega 2014 Pilih Kasih

Minggu separuh akhir program sensasi Maharaja Lawak Mega 2014 (MLM 2014) yang berlangsung di Royal Theatre, Shah Alam, Selangor baru-baru ini menyaksikan kejutan besar apabila kumpulan Virus yang terdiri daripada Zizan, Tauke dan Yus tersingkir daripada terus mara ke peringkat akhir program tersebut.
Penyingkiran kumpulan itu membuktikan program realiti yang memasuki musim kedua itu tidak mempunyai permainan politik seperti yang digembar-gemburkan kebanyakan peminat pentas lawak terkemuka itu.
 

Menurut salah seorang juri profesional tetap MLM 2014, Datuk Jalaluddin Hassan, kebanyakan peminat sebelum ini mempunyai pendirian bahawa program realiti ini telah diatur dan hanya sebahagian daripada peserta pilihan sahaja dibenarkan layak ke peringkat akhir.


“Penyingkiran Virus semasa separuh akhir sememangnya kejutan besar bagi kami pihak juri. Hal ini kerana, mereka merupakan antara nama besar yang dijangka mara ke final".


“Bagaimanapun, profesionalisme peminat yang kini kebanyakannya sudah pandai menilai kualiti lawak itu sendiri membuktikan nama yang besar dan peminat yang ramai belum tentu menjadi tiket bagi finalis untuk ke peringkat akhir".


“Bagi pihak juri, dalam konteks penjurian pula, kami melihat pengisian kandungan lawak itu sendiri. Ia bukan hanya dinilai berdasarkan nama yang gah ataupun peminat, tetapi kami melihat dari aspek kandungan dan idea yang dilontarkan peserta kepada peminat.

 
0 Komen untuk "Datuk Jalaluddin Hassan Nafi Maharaja Lawak Mega 2014 Pilih Kasih"

 
Copyright © 2014 Viral Rival - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info