Mati Sejurus Selepas Merompak

Seorang lelaki maut selepas kereta yang dinaikinya terbabas dan terbalik di Kilometer 110 Jalan Kuantan-Kuala Lumpur berhampiran Kampung #Awah, Maran kira-kira sejam selepas melakukan rompakan semalam.

Kemalangan kira-kira pukul 10.45 pagi itu berlaku ketika suspek dan seorang lagi rakannya cuba me­larikan diri sebaik sahaja #merompak sebuah pusat belian kelapa sawit di #Kampung Huma Luas, Chenor.
Pemangku Ketua Polis Daerah, Asisten Superiten-dan Abdul Razak Majid berkata, suspek yang berusia 40 tahun meninggal dunia di tempat kejadian setelah tercampak keluar dari kenderaan yang dinaikinya namun seorang rakannya berjaya melarikan diri.
“Suspek dipercayai telah menyamun sebuah premis belian kelapa sawit pada pukul 9.30 pagi sebelum melarikan diri bersama-sama wang tunai sebanyak RM4,700.

 sumber : KOSMO!
0 Komen untuk "Mati Sejurus Selepas Merompak"

 
Copyright © 2014 Viral Rival - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info