Peminat Masih Sayang - Zamani

#APABILA menyentuh isu etika dan tatasusila hidup bermasyarakat, barangkali tidak adil layanan yang diberikan kepada si pesalah yang sebelah tangannya bergari diminta menyanyi walaupun bukan dengan cara paksaan.


#Namun, jika diteliti kembali niat asalnya, mungkin benar jika tindakan itu dikatakan berlaku secara spontan apabila penyanyi yang selama ini dipuja dan dikagumi tiba-tiba tercongok di depan mata.
Mahu dipeluk, keterlaluan dan keadaan pula tidak mengizinkan. Maka sepotong rakaman video mendendangkan melodi berhantu milik penyanyi itu sahajalah menjadi kebanggaan.

#Yang salahnya, keghairahan untuk berkongsi dengan teman-teman, keluarga dan paling jauh pun pelayar laman sosial peribadi yang turut meminati artis yang sama itu ditafsirkan menjadi sesuatu yang mengaibkan. Terbuktilah sekarang, betapa teknologi canggih boleh menjerat diri si pelaku yang tidak berfikir panjang sebelum memuat naik sesuatu video atau gambar.

#Hal itulah yang berlaku kepada vokalis terkemuka, Zamani Slam ketika ditangkap pihak polis untuk membantu siasatan penyalahgunaan dadah baru-baru ini. Lebih parah kepada bahana dadah yang dikaitkan dengannya, sepotong video menunjukkan Zamani yang diminta menyanyikan lagu Gerimis Mengundang pula tersebar. Dipercayai, rakaman itu dilakukan oleh salah seorang anggota polis yang terlibat dengan operasi penangkapan Zamani.

#Zamani atau nama sebenarnya, Zamani Ibrahim tidak pernah menyimpan dendam atau niat untuk memporak-perandakan periuk nasi orang lain. Dia sudah cukup matang dan sekiranya Zamani mahu memanjangkan isu tersebut, kesannya akan mendalam, malah parut kebencian terhadapnya akan bertambah parah.

#Setelah empat hari direman di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya, Sabtu lalu, Zamani dibebaskan dengan jaminan polis tepat pukul 9.45 pagi. Zamani yang ditemani abang kandungnya, Zulfazil Ibrahim kemudian menuju ke kediaman peguamnya, Ahmad Zaharil Muhaiyar yang di terletak di Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor.

#Meminjam semangat mentari pagi yang membahagikan sinarnya, Zamani kelihatan bersedia menyambut kehadiran beberapa wakil media termasuk Kosmo! tanpa curiga. Tubuh cengkung terlihat tenang, bersila di satu sudut kamar di kediaman tiga tingkat itu.


Artikel Penuh: http://kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0126&pub=Kosmo&sec=Hiburan&pg=hi_01.htm#ixzz3PwyQATjf
Hakcipta terpelihara
0 Komen untuk "Peminat Masih Sayang - Zamani"

 
Copyright © 2014 Viral Rival - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info