Umat Islam Diseru Adakan Tahlil Untuk Penumpang dan Anak Kapal MH370

Umat Islam di seluruh negara diseru supaya mengadakan majlis tahlil khusus untuk semua penumpang dan anak kapal pesawat MH370 selepas solat #Jumaat, hari ini.Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Othman Mustapha dalam satu kenyataan berkata, Masjid Negara di Kuala Lumpur, Masjid Putra dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di Putrajaya serta seluruh masjid di bawah kelolaan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) akan mengadakan majlis tahlil khas sejurus selepas solat Jumaat. 



"Dalam masa sama, seluruh masjid di bawah pentadbiran Jabatan Agama Islam Negeri seluruh Malaysia adalah dipohon kerjasama untuk mengambil inisiatif yang sama," katanya dalam kenyataan hari ini. 

Beliau berkata Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan pada 25 Mac tahun lepas bagaimanapun telah memutuskan bahawa #Solat Jenazah Ghaib tidak perlu dilaksanakan sebaliknya memadai dengan mengadakan tahlil.
0 Komen untuk "Umat Islam Diseru Adakan Tahlil Untuk Penumpang dan Anak Kapal MH370"

 
Copyright © 2014 Viral Rival - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info